Tuesday, August 12, 2014

Nirwan (ii)

Akan aku habiskan malam mengenang dirimu dan memulai mimpi dengan menyebut namamu, Nirwan. Sebab gelap terlalu sekejap dan aku, rindu.

Akan aku ratibkan namamu selalu, Nirwan. Biar kematian itu sampai terlupa, bahawa engkau milik dia. Hanya sahaja yang lupa itu, sebenarnya aku.

Thursday, April 17, 2014

Innalillah

Telah aku ke lembah hedon
Sungguh tiada apa di sana
Meski kau hadir dalam tiap peredaran
Dek kerana itu hati ini ikut membenci

Telah aku mengerah sumpah
Agar tidak lagi menjamah sana
Agar tidak lagi sirna
Agar tidak lagi mencelakakan nyawa

Duhai nur segala nur
Duhai pemula dan penamat
Duhai yang paling seni di antara yang ghaib
Duhai penolong yang paling mustajab

Ampunkan segala khilaf
Cicirkan masa lampau
Bangunkan nyawa
Duhai pembantu yang paling akrab

Cukuplah engkau bagiku
Cukupkanlah aku untukmu

Duhai kasih yang paling misteri
Yang padanya kembali segala zat
Yang padanya sempurna segala sifat

*******

Sedikit tazkirah dan pesanan dari tok guru saya :

"Insan itu adalah roh. Jasad pakaiannya. Asal roh adalah Allah, yang bersemayamnya di syurga. Dunia ini alam penyaksian. Apakah tidak mahu kita kembali ke rumah asal kita?"