Friday, February 3, 2012

RINDU YANG TERSISA

rasa rindu sore tadi mengajar aku satu pembelajaran hebat tentang tema rasa yang masih belum pergi. pengajaran supaya jika kenangan semalam datang menjengah kembali, aku akan juihkan rasa benci sebagai pagar-pagar yang bakal menghijab rasa rindu itu untuk terbit. biarlah benih-benih rindu yang masih tersisa ini, mati kala usianya muda, dari besar mekar dan tangkainya dipatahkan oleh tangan yang menyemainya dengan rasa-rasa rindu.

mungkin, cuma aku yang masih lagi tidak dapat melangkah maju tanpa menoleh, sedangkan dia kini memilih jalan yang baharu tanpa sikitpun merindui jalan-jalan kenangan dahulu.

ternyata, komunikasi kita tadi membibitkan rasa rindu, cuma aku sahaja merasainya, sedangkan kau sebaliknya.

semoga berbahagia dengan jalan baru yang kau pilih. semoga dia yang jauh lebih baik dari aku mampu beri jauh apa yang kau impikan dengan aku dahulu.

dan, aku masih disini, termangu dengan bila harus aku melangkah dari rasa rindu yang cumanya hanya akan jadi belati tajam yang menikam rasa bila kau jelmakan rasa-rasa rindu jauh di dalam hati.

No comments:

Post a Comment